Honor Mengesahkan Peranti Mereka Akan Hadir Dengan Integrasi Perkhidmatan Google – Termasuk Kejutan Lain

TechnologyDigital
24 May 2021 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor kini sedia mengacah kehadiran telefon pintar terbaru mereka dengan cip Snapdragon terbaru. Menariknya, bersama-sama dengan perkongsian berkenaan, pihak Honor Jerman turut mengesahkan yang mana telefon pintar baharu Honor akan turut menyertakan perkhidmatan Google.

Dengan ini, ia sekaligus memperlihatkan pengguna peranti Honor akan dapat menikmati pelbagai kelebihan yang dibawakan oleh Google Play Services, dan tidak perlu risau berkenaan kesukaran memuat-turun sesuatu aplikasi.

Disamping itu, Honor turut mengatakan mereka turut mempunyai beberapa kejutan lain bersama dengan penawaran mereka – sekaligus bersaing dalam mencuri kembali pelbagai pegangan pasaran dalam industri telefon pintar.