Pusingan Kedua Vaksinasi AstraZeneca Akan Bermula Pada 7 Jun 2021 Sehingga 27 Julai 2021

TechnologyDigital
27 May 2021 • 3:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari semalam, ia dilaporkan bahawa 900 ribu daripada 1.2 juta slot suntikan vaksinasi Oxford-AstraZeneca telah dipenuhi dalam masa sejam sahaja oleh rakyat Malaysia yang menetap di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak.

Hari ini, pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 Kebangsaan telah mengesahkan bahawa pemberian dos pertama vaksin AstraZeneca pusingan kedua akan bermula pada 7 Jun 2021 sehingga 27 Julai 2021 kelak di lokasi-lokasi di negeri-negeri yang dinyatakan sebelum ini.

Lokasi-lokasi vaksinasi AstraZeneca adalah seperti yang berikut:

Lembah Klang

  • Universiti Malaya
  • World Trade Centre Kuala Lumpur
  • Ideal Convention Centre, Shah Alam,
  • Universiti Kebangsaan Malaysia

Johor

  • Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

Pulau Pinang

  • Setia Spice Convention Centre

Sarawak

  • Borneo Convention Centre, Kuching
  • Institut Kemahiran Belia Negara, Miri

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved