Microsoft Dan Qualcomm Hadir Dengan Snapdragon Developer Kit Untuk Membangunkan Aplikasi Windows 10 Versi Arm

TechnologyDigital
26 May 2021 • 12:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm hari ini mengumumkan pengenalan Snapdragon Developer Kit khusus untuk pembangun bagi platform Microsoft – sekaligus memudahkan pembangunan perisian yang dioptimasikan untuk Arm bagi Windows 10.

Snapdragon Developer Kit ini hadir dengan dijana cip Snapdragon 7c Gen 2 yang terbaru dengan binaan teknologi 8nm, dan dilengkapi modem Qualcomm X15 LTE.

Dengan adanya kit pembangunan ini, ia akan memudahkan pembangun mendapatkan peranti berharga kompetitif dalam menguji aplikasi mereka, sebelum lebih banyak komputer Windows berasaskan Arm dipasarkan.

Buat masa ini, Qualcomm dan Microsoft akan menawarkan kit ini untuk pembangun di Amerika Syarikat terlebih dahulu.