Harga runcit petrol, diesel tidak berubah

26 May 2021 • 6:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 26 MEI: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel tidak berubah, masing-masing pada RM2.05, RM2.61 dan RM2.15 seliter, bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga adalah berasaskan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada peningkatan harga minyak, kerajaan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, sekalipun harga pasaran APM bagi RON95 dan diesel meningkat melangkaui harga siling semasa,” demikian menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

-BERNAMA

The post Harga runcit petrol, diesel tidak berubah appeared first on Selangorkini.