Lagi Imej Pengolokan Samsung Galaxy Tab S7 Lite Diperlihatkan

TechnologyDigital
6 May 2021 • 2:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.


Rekaan Samsung Galaxy Tab S7 Lite telah tertiris sejak bulan lalu dalam beberapa imej pengolokan tertiris menerusi ciapan Evan Blass. Melaluinya, ia menunjukkan tablet ini hadir dalam kemasan bewarna hitam, di samping mempunyai sejumlah ‘DNA’ yang terdapat pada generasi sebelum ini untuk rekaan fizikalnya.

image is not available

Dalam perkembangan terkini, Evan Blass dilihat mengemaskini ciapan berkenaan dengan beberapa imej pengolokan baharu yang menunjukkan tablet ini dalam kemasan warna berlainan. Melaluinya, ia memperlihatkan Samsung Galaxy Tab S7 Lite dalam kemasan bewarna merah jambu dengan kerangka khas bersama-sama dengannya.

Dapat dilihat, kerangka ini mempunyai dua ruangan khas untuk tempat simpanan S Pen secara terbina – di mana, satu diletakkan pada bahagian kiri tubuh kerangka. Sementara itu, satu lagi berkemungkinan melekat secara magnetik seperti yang boleh dilihat pada model generasi sebelumnya. Tablet ini dijangka hadir dalam lima pilihan warna berbeza.

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, timbul desas-desus juga baharu mengatakan tiada sebarang penjenamaan tablet untuk Samsung Galaxy Tab S7 Lite. Sebaliknya, ia akan dikenali sebagai Samsung Galaxy Tab S7+ Lite. Sejauh mana kebenarannya? Kita pasti akan mendengar lebih banyak maklumat berkaitannya dalam masa terdekat.