Aplikasi Galaxy Buds Untuk Windows 10 Dilancarkan Bagi Mengakses Pelbagai Ciri Tambahan

TechnologyDigital
18 May 2021 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam ulasan Samsung Galaxy Buds Pro yang kami terbitkan awal tahun ini, kami mengatakan ia hanya berfungsi dengan baik pada platform Android sahaja kerana sokongan aplikasi yang baik. Pada PC, Mac dan iOS, pengguna perlu berpuasa hati dengan tetapan asal yang tidak boleh diubah.

image is not available

Bagi pengguna Windows 10 dengan Buds Pro, aplikasi Galaxy Buds akhirnya ditawarkan menerusi Micosoft Store. Dengan aplikasi ini proses menggunakan pelbagai ciri tambahan TWS ini akan menjadi lebih mudah. Terdapat kawalan untuk ANC, equaliser, Ambient Mode, menyahaktifkan sentuhan, Voice Detect dan banyak lagi.

Ia juga memudahkan proses mengemaskini perisian Buds Pro tanpa tambatan kepada telefon pintar. Sedikit mengecewakan aplikasi hanya menyokong Buds Pro sahaja pada waktu ini.

Muat turun aplikasi Galaxy Buds untuk Windows 10 dari Microsoft Store