Intel Mengemaskini Siri CPU Intel Tiger Lake-U Dengan Dua CPU Baru Yang Boleh Dilewahjam Sehingga 5GHz

TechnologyDigital
31 May 2021 • 1:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada awal tahun ini, Intel telah memperkenalkan sejumlah siri cip pemprosesan baru melalui siri generasi ke-11 Tiger Lake untuk komputer riba nipis dan ringan. Hari ini, pada hari pertama acara COMPUTEX Taipei yang sedang berlangsung, Intel telah memperkenalkan dua CPU baru didalam siri ini.

Kedua-dua CPU ini termasuklah Intel Core i7-1195G7 dan Intel Core i5-1155G7 yang mana kedua-duanya hadir dengan jumlah teras dan bebenang kuasa yang sama, iaitu 4 teras dan 8 bebenang. Kedua-dua CPU ini hadir dengan kelajuan asas berbeza pada nilai kuasa elektrik 12W dan 28W. Kelajuan asas pada 12W tidak diketahui setakat ini, tetapi pada 28W, CPU Core i7-1195G7 mempunyai kelajuan 2.9GHz, manakala kelajuan asas pada 28W untuk Core i5-1155G7 adalah pada 2.5GHz.

image is not available

Apa yang lebih menarik ialah kelajuan lewahjam kedua-dua CPU ini, khususnya untuk satu teras, dimana CPU Intel Core i7-1195G7 boleh dilewahjam sehingga 5.0GHz, manakala Intel Core i5-1155G7 pula mempunyai kelajuan lewahjam satu teras setinggi 4.5GHz. Menurut Intel, kelajuan lewahjam ini boleh didapati apabila CPU-CPU ini memakan kuasa sehingga 50W melalui fungsi Turbo Max 3.0.

Intel menjangkakan bahawa pembuat-pembuat komputer riba nipis dan ringan akan memperkenalkan komputer-komputer riba nipis dan ringan dibawah program Intel Evo menggunakan cip pemprosesan ini tidak lama lagi, dengan sekitar 60 rekaan berbeza.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved