SHAH ALAM, 8 MEI: Penduduk sekitar Sungai Ramal dan Balakong digalak menyertai program Saringan Komuniti percuma esok bagi mengesan jangkitan Covid-19.
Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) berkata saringan diadakan di Dewan Orang Ramai Seksyen 7 dan Dewan Orang Ramai Kampung Baru Balakong bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
“Pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), klik butang sihat dan guna fungsi saringan atau layari http://screening.selangkah.my,” kongsinya di Facebook.
Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri bermula hari ini hingga 10 Jun.
Program di bawah fasa mitigasi pandemik Covid-19 memanfaatkan rakyat negeri ini yang berisiko, pernah menjadi kontak rapat, bergejala dan bimbang status kesihatan mereka.


The post Penduduk Sungai Ramal, Balakong digalak sertai saringan percuma esok appeared first on Selangorkini.
