Google Mengembangkan Sokongan Realiti Terimbuh Pada Enjin Carian – Kini Menawarkan Para Atlet

TechnologyDigital
19 May 2021 • 2:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda lakukan carian seperti kucing, harimau, badak dan pelbagai lagi haiwan pada enjin carian Google – akan ada pilihan View in 3D terpapar untuk melihat haiwan-haiwan tersebut dalam bentuk 3D dan secara realiti terimbuh. Ia juga menawarkan kesan bunyi yang realistik. Ciri ini lebih menarik digunakan pada aplikasi Google dan di acara Googlr I/O 2021, Google kembangkan lagi sokongan ini dengan carian para atlet pula.

image is not available

Jika anda mencari Megan Rapinoe, Naomi Osaka atau Simone Biles – Google kini mengaktifkan sokongan View in 3D. Tetapi hanya aktif dalam aplikasi Google. Melaluinya, anda boleh saksikan demonstrasi kepakaran para atlet ini seperti Naomi Osaka yang boleh buat servis pada kelajuan 125mph, atau aksi rali beliau. Ciri ini dilihat terus aktif dalam aplikasi Google tanpa sebarang kemaskini. Ini bermakna, ia hadir melalui kemaskini dari bahagian pelayan.

Jika peranti anda ada sokongan ARCore dan mempunyai aplikasi Google – anda boleh cuba hari ini.

image is not available