Rekaan Mac Mini Baharu Dengan Sambungan Magnetik Dan Panel Kaca Tertiris

TechnologyDigital
26 May 2021 • 10:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat laporan Apple ingin membangunkan Mac Mini yang lebih berkuasa dilengkapi lebih banyak port berbanding versi M1 yang ditawarkan sekarang. Versi ini mungkin menggunakan cip M2 yang lebih berkuasa. Hari ini rekaan Apple Mac Mini yang lebih berkuasa ini telah diperlihatkan oleh Jon Prosser.

image is not available

Menurut imej pengolokan yang dihasilkan dari maklumat yang diterima oleh beliau, Mac Mini akan dilengkapi port kuasa sambungan magnet yang sama seperti yang ditawarkan pada iMac M1 baharu. Empat port USB-C type C bersama dengan 2x USB-A, LAN dan HDMI juga nampaknya disertakan pada model ini.

image is not available

Paling menarik pada hemat kami ialah panel atas dikatakan akan mempunyai panel kaca yang kemudiannya boleh dikustomasi dengan pelbagai warna seperti iMac M1 juga. Walaupun rekaan telah tertiris, Bloomberg adal melaporkan pelancaran Mac Mini lebih berkuasa ini mungkin ditangguhkan kerana model M1 baru sahaja ditawarkan November lalu. Tidak seperti MacBook dan iPhone, Mac Mini tidak dikemaskini dengan kerap.