HMD Global Kongsi Latar Masa Baharu Kemaskini Android 11 Peranti Nokia – Tunda Sehingga Hujung Tahun

TechnologyDigital
10 May 2021 • 8:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oktober tahun lepas, HMD Global telah berkongsi latar masa pengedaran kemaskini Android 11 untuk peranti-peranti Nokia terpilih. Bermula suku keempat 2020 dengan empat peranti pertama adalah Nokia 8.3 5G, Nokia 2.2, Nokia 5.3 dan Nokia 8.1.

Tetapi kini, perancangan telah berubah dan banyak yang tunda. Peranti Nokia 8.3 5G, Nokia 3.2, Nokia 4.2, Nokia 2.2, Nokia 8.1 dan Nokia 2.3 akan mula menerima kemaskini pada suku pertama tahun ini sehingga suku kedua kelak.

image is not available

Barulah diteruskan dengan Nokia 3.4, 5.3, 1.3, 5.4, 1.4, 1 Plus da 2.4 pada suku kedua dan pada suku ketiga giliran Nokia 6.2, 7.2 dan Nokia 9 Pureview. Mereka tidak jelaskan kenapa tertunda, tetapi agak mengecewakan yang Nokia yang terkenal dengan Android One serta Android asli yang sebelum ini menerima kemaskini pantas kini tunda pada tarikh yang agak lewat.

Peninggalan Juho Sarvikas selepas 15 tahun berkhidmat mungkin antara faktor.