Siri OnePlus 9 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Minggu Hadapan

TechnologyDigital
11 May 2021 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teka-teki akhirnya terjawab apabila OnePlus hari ini mengumumkan bahawa mereka bakal hadir dengan penawaran siri OnePlus 9 untuk pengguna di Malaysia. Acara pelancarannya telah dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan – iaitu 17 Mei 2021 bermula jam 12 tengah hari. Ianya akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook dan Youtube rasmi OnePlus Malaysia.

image is not available

Merujuk kepada perkataan siri OnePlus 9, ini sekaligus memberi bayangan terdapat lebih daripada satu model yang akan diperkenalkan kelak. Ini termasuklah penawaran OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro seperti mana yang didedahkan menerusi poster pelancaran berbeza. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya berkaitan pelancaran ini – termasuklah penawaran harga rasmi peranti kelak.