Seperti yang kami laporkan tempoh hari, pihak Jawatankuasa Jaminan Vaksin COVID-19 telah mengumumkan bahawa pusingan kedua untuk pendaftaran suntikan untuk vaksin AstraZeneca akan dibuka bermula 12.00pm tengahari esok, 23 haribulan Mei melalui laman web JKJAV.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JKJAV, pendaftaran suntikan ini juga adalah untuk penduduk Malaysia yang berumur 60 tahun dan keatas bagi mereka yang menetap di negeri-negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak.
Tempahan janji temu vaksin AstraZeneca bagi WARGA EMAS dibuka ESOK jam 12 tgh hari di https://t.co/OBSMIWAJ6O.
Terbuka kepada mereka di Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sarawak dan Selangor.
Berdasarkan “first-come, first-served”. #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/hHmPfEJS16
Mereka yang ingin mendaftar juga haruslah telahpun berdaftar untuk vaksinasi bersama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sebelum ini melalui laman web JKJAV ataupun aplikasi MySejahtera, dan haruslah memastikan bahawa nombor kad pengenalan dan juga alamat penetapan adalah tepat.
However, those on the present round 1 waitlist will get appointments.
(@Khairykj) May 17, 2021
Seperti pendaftaran sebelum ini, slot vaksinasi adalah berdasarkan polisi “first come first served” ataupun siapa cepat dia dapat. Seperti yang dinyatakan Menteri Penyelaras Vaksinasi COVID-19, Khairy Jamaluddin, selepas warga emas ini menerima slot vaksinasi mereka, rakyat dewasa yang berada dalam senarai menunggu untuk suntikan AstraZeneca juga akan diberikan slot vaksinasi mereka sendiri.


