Google sedia menawarkan perkhidmatan kolaborasi pejabat melalui Google Workspace, yang membolehkan anda mengakses sejumlah perkhidmatan perisian pejabat, serta berkolaborasi dan bekerjasama dengan rakan-rakan sepejabat lain.
Menariknya, pada Google I/O 2021, Google mengumumkan Smart Canvas, memfokuskan kepada era baharu kolaborasi, dengan sejumlah ciri-ciri baharu.
Antaranya adalah dimana kini anda boleh tag rakan sepejabat menggunakan kekunci “@“ dalam dokumen yang sedang dibangunkan. Selain rakan sepejabat, kekunci pintas sama turut boleh digunakan untuk menyertakan fail dan dokumen.

Disamping itu, Google Docs juga akan mula mengintegrasikan reaksi berbentuk emoji – sekaligus memudahkan anda membuat undian dan mendapatkan maklumbalas rakan lain dengan lebih pantas.
Ciri lain yang akan turut hadir adalah integrasi panggilan video terus pada Google Docs, Sheet atau Slide – disamping pembetulan tatabahasa pintar, dan juga ciri melihat latar masa pada Google Sheets.
Dengan integrasi pelbagai ciri-ciri ini, ia menjadikan kolaborasi lebih baik – terutamanya ketika keperluan bekerja dari rumah yang tinggi pada masa kini.
