Maxis Menawarkan Perkhidmatan Sandaran BaaS Commvault Untuk Keselamatan Data Syarikat

TechnologyDigital
25 May 2021 • 4:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kebelakangan ini, banyak syarikat dan badan kerajaan telah diserang penggodam menggunakan perisian hasad seperti perisian tebusan, dimana syarikat-syarikat ini dipaksa membayar sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan kembali data mereka yang telah dikunci.

Maxis hari ini mengumumkan penawaran perkhidmatan sandaran data BaaS Commvault sebagai satu langkah untuk memastikan bahawa data penting syarikat, seperti maklumat pekerja, pelanggan dan pengkalan data yang mengandungi maklumat-maklumat penting yang lain.

image is not available

Bukan itu sahaja, jika syarikat anda menggunakan Office 365 dan OneDrive, perkhidmatan sandaran Commvault ini juga boleh digunakan untuk menyandarkan data yang disimpan dalam Office 365 untuk menambahkan kebaikan sekuriti untuk data dan maklumat syarikat anda.

Dari segi penawaran perkhidmatan, perkhidmatan BaaS Maxis ini boleh dibangunkan dengan cepat, hadir dengan jumlah sandaran data tanpa had untuk setiap pengguna, dan hadir dengan proses sandaran yang boleh dilakukan setiap hari.

image is not available

Ini sangat berguna kerana sekiranya syarikat anda diserang oleh penggodam yang menggunakan perisian tebusan dan mengunci data anda, anda boleh menggunakan data sandaran anda serta-merta untuk memastikan kelangsungan aktiviti syarikat anda.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan sandaran BaaS Commvault ini bersama-sama dengan Maxis, anda boleh melayari laman web Maxis untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai perkhidmatan tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved