Wear OS Turut Akan Menawarkan Rekaan Baharu Material Design, Lebih Sokongan Tile, Penggunaan Tanpa Peranti Dan Integrasi Fitbit

TechnologyDigital
19 May 2021 • 3:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam Google I/O 2021, antara perkara yang mengejutkan adalah Wear OS kini digabungkan dengan Tizen menjadikan dua sistem operasi peranti boleh pakai ini menjadi satu. Secara tidak langsung merealisasikan perubahan Samsung ke arah penggunaan Android asli. Bukan itu sahaja, perubahan besar yang Google umumkan juga adlah Fitbit yang akan diintegrasikan dalam Wear OS.

image is not available

Memudahkan lagi para pengguna adalah, rekaan baharu Material Design turut akan dibawakan pada Wear OS bermula dengan aplikasi tersendiri Google seperti Google Maps. Bercakap mengenai aplikasi ini, penggunaan navigasi akan menjadi lebih lancar – di mana pengguna boleh menggunakan Maps tanpa telefon. Bersama-sama dengannya, aplikasi YouTube Music juga membenarkan pengguna muat turun muzik secara luar talian dan terus mendengar daripada jam. Untuk Google Pay, Google kembangkan lagi sokongan ke lebih banyak negara termasuk dengan perkhidmatan pengangkutan awam.

image is not available

Pada Tiles pula, Google membawakan sokongan multi-tugasan yang membolehkan pengguna bertukar antara satu Tile dengan yang lain dengan lebih pantas. Selain turut membuka API Tiles mereka secara lebih meluas agar lebih banyak aplikasi boleh disemat sebagai Tile di skrin utama jam.

image is not available

image is not available