Honor 50 Disahkan Menggunakan Cip Snapdragon 788G

TechnologyDigital
20 May 2021 • 10:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor kini disahkan kembali boleh menggunakan cip keluaran Qualcomm bermula dengan siri Honor 5 yang dijana cip Snapdragon 778G. Selepas bergerak bebas dari Huawei, Honor Tidak lagi di bawah kekangan sekatan perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat.

image is not available

Selain Honor, IQOO, Motorola, OPPO, Realme, dan Xiaomi juga disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 778G. Seperti yang kami laporkan sebelum ini. Cip Snapdragon 778G walaupun sebuah cip kelas pertengahan terapi dilengkapi tiga ISP seperti Snapdragon 888 bagi membolehkan tri-kamera berfungsi serentak bagi mengelakkan sela masa apabila melakukan pertukaran mod.

Modem Snapdragon X53 pula memberikan sokongan 5G sub-6GHz dan gelombang milimeter yang selama ini hanya dinikmati peranti kelas mercu sahaja.