“Biaqlah kami laksana dahulu”- Rizalman tutup operasi seketika demi keselamatan staf

19 May 2021 • 1:08 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KEADAAN pandemik Covid-19 di negara ini dilihat semakin membimbangkan, apatah lagi kini berdepan gelombang ketiga.

Situasi bertambah buruk apabila jumlah kematian meningkat setiap hari. Setakat ini sahaja Selangor kekal negeri yang mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi melebihi 1,000 kes.

image is not available

Baca juga Rakyat Selangor Setuju Tak PKP Penuh? Cadangan KKM Jika Kes Covid-19 Meningkat

Pun begitu, dalam situasi getir sedemikian sebahagian besar sektor ekonomi masih beroperasi mengikut pematuhan rapi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Namun begitu, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim mengambil pendekatan berbeza.

Menyedari wabak koronavirus sedang mengganas pada masa ini, pengurusan Rizalman Ibrahim Group Companies mengambil inisiatif sepakat menutup dan menyekat penuh semua pekerja dan operasi penjualan produk selama dua minggu.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya @rizalman71, beliau memuat naik kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

image is not available

“Pihak pengurusan atasan Rizalman Ibrahim Group Companies bersepakat melakukan penutupan dan penyekatan penuh untuk semua pekerja dan penjualan di bawah RIC Group Sdn Bhd walaupun kami berdaftar dan mempunyai sijil pengiktrafan MITI.

“Penutupan dan penyekatan ini akan mengambil masa dua minggu atau sehingga tarikh diberitahu kelak,” tulisnya baru-baru ini.

Dalam hantaran yang sama, Rizalman turut menulis kapsyen ringkas: “Biaqlah kami laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini (Covid-19) demi kebaikan semua.

Dalam pada itu, pihaknya turut memaklumkan bahawa penjualan produk dalam talian akan diberhentikan sementara waktu sehingga tempoh diberitahu kemudian.

“Penutupan dan penyekatan jualan ini adalah bertujuan untuk mengambil kira keselamatan pekerja dan membantu mengurangkan penularan jangkitan wabak Covid-19,” jelas kenyataan tersebut.

Baca juga Dilarang Ziarah Aidilfitri, Muncul Pula Trend Beraya Di Mall

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71)

Contoh yang baik buat syarikat yang lain

Langkah bijak dilaksanakan Rizalman turut mendapat pujian daripada warganet yang menyokong usaha beliau membantu mengurangkan penularan Covid-19 dalam sektor ekonomi.

Warganet juga berharap tindakan yang diambil pereka fesyen kelahiran Pulau Pinang tersebut dijadikan contoh para majikan lain demi keselamatan pekerja dan orang awam.

“Contoh bos yang betul”

image is not available

“Fast action”

 

image is not available

“Keputusan yang bijak”

image is not available

Sumber: Instagram @rizalman71

The post “Biaqlah kami laksana dahulu”- Rizalman tutup operasi seketika demi keselamatan staf appeared first on .