Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berkuatkuasa di Selangor dari 6-17 Mei ini selepas penularan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak di negeri tersebut. Pelbagai SOP telah diperketatkan oleh MKN dan antaranya ialah halangan untuk merentas daerah. Ini adalah isu yang besar bagi mereka yang akan mendapatkan vaksin.
Saya baru sahaja jelaskan isu rentas daerah untuk tujuan vaksinasi dengan @IsmailSabri60. Penerima vaksin TIDAK perlu surat polis. Cukup sekadar menunjuk janji temu dalam MySj atau laman web atau SMS.
(@Khairykj) May 4, 2021
Bagi mereka yang perlu merentas daerah untuk mendapatkan suntikan vaksin, surah kebenaran polis adalah tidak diperlukan. Sebaliknya penerima boleh menggunakan notifikasi MySejahtera, laman web vaksincovid.gov.my dan SMS yang diterima sebagai bukti untuk bergerak keluar dari daerah didiami ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ini telah dijelaskan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sebentar tadi.

