Kes baharu Covid-19 rekod 3,120, Lembah Klang catat lebih 1,000

4 May 2021 • 4:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 MEI: Kes positif baharu Covid-19 naik kembali atas angka 3,000 apabila sebanyak 3,120 kes direkodkan hari ini berbanding 2,500 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 420,632 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya berkata daripada jumlah itu Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 675 kes diikuti Sarawak (620) dan Kuala Lumpur (408)

Ia kemudian diikuti Johor merekodkan 336 kes, Kelantan (296) ; Pulau Pinang (167); Kedah (155); Perak (117); Negeri Sembilan (95); Sabah (89); Terengganu (53) ; Melaka (52) serta Pahang (41).

Pada masa sama Putrajaya merekodkan sebanyak 11 kes diikuti Labuan (5) sementara Perlis tiada kes.

image is not available

The post Kes baharu Covid-19 rekod 3,120, Lembah Klang catat lebih 1,000 appeared first on Selangorkini.