SHAH ALAM, 28 JUN: Selangor bukan berdepan masalah kapasiti mahupun jumlah pusat pemberian vaksin (PPV) ketika ini sebaliknya kekurangan bekalan, kata EXCO kesihatan awam.
Dr Siti Mariah Mahmud berkata kapasiti vaksinasi harian di keseluruhan 73 PPV negeri ini sebanyak 87,616 orang, namun bekalan sedia setakat ini cukup untuk menampung 53,037 orang.
“Insya-Allah apabila digandingkan dengan Program Vaksin Selangor yang akan diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari nanti, kita akan mampu mencapai sasaran Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF).
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post EXCO: Selangor tiada masalah kapasiti, pusat vaksin appeared first on Selangorkini.

