Microsoft : Peranti Windows 10 Yang Digunakan Hari Ini Akan Mula Menerima Kemaskini Windows 11 Bermula 2022

TechnologyDigital
26 Jun 2021 • 11:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Microsoft sedia memperkenalkan Windows 11 sebelum ini, dan mengatakan ia bakal ditawarkan bermula penghujung tahun ini. Terbaru, mereka melalui perkongsian sosial, turut berkongsi lanjut berkaitan dengannya.

image is not available

Melalui perkongsian pihak Microsoft, Windows 11 akan dipasarkan bersama-sama sejumlah komputer baharu bermula penghujung tahun ini. Ini bermakna, anda boleh membeli komputer baru dengan Windows 11 terbina daripada sejumlah pengeluar di pasaran, dan menikmati sistem operasi terbaru berkenaan.

Untuk pengguna peranti Windows 10 sedia ada – anda hanya akan mula menerima kemaskini berkenaan bermula 2022 kelak. Kemaskini akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua sepanjang pertengahan pertama 2022 kelak.

Ini bermakna, kebanyakkan pengguna Windows 10 hari ini, hanya akan menerima kemaskini tersebut secara percuma bermula 2022 kelak.

Apa pun, bagi anda yang ingin mencubanya lebih awal, Microsoft turut menyediakan program Windows Insider untuk menguji versi pembangunan lebih awal berbanding yang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved