PPV Tanjong Karang mula operasi Isnin depan

25 Jun 2021 • 11:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TANJONG KARANG - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang dijadualkan mula beroperasi pada Isnin depan.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, pembukaan PPV di kawasan itu membolehkan lebih ramai penduduk terutama di luar bandar mendapatkan vaksinasi.

Noh berkata, beliau sudah melakukan tinjauan dan kunjungan ke PPV terbabit bersama Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor, Faizatul Aini Mohd Adnan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Faizal Abdul Raji pada Khamis.

"Saya harap pembukaan PPV Tanjong Karang akan mempercepatkan lagi proses vaksinasi untuk penduduk di Tanjong Karang khasnya," katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook pada Khamis.

Sinar Harian pada 9 Jun lalu melaporkan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju untuk membuka satu PPV di IPP Tanjong Karang.

Noh berkata, perkara itu disahkan sendiri Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dijangka pembukaannya dilaksanakan dalam waktu terdekat.