Konon Bercahaya Dalam Air, Lelaki Ini Akhirnya Bongkar Misteri ‘Batu Ajaib’ [Video]

5 Jun 2021 • 1:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Walaupun kita sudah berada di zaman era pemodenan, masih wujud lagi segelintir individu khususnya warga emas yang mempercayai batu permata atau batu delima yang kononnya berkuasa ajaib sehingga mampu menyembuhkan penyakit.

Mengalami kerugian cecah ribuan ringgit

Malah, ramai yang telah mengalami kerugian akibat membeli batu tersebut yang dijual sehingga mencecah ribuan ringgit oleh pihak tak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Fakhrul di laman TikTok, lelaki ini membongkar misteri batu yang dipercayai menyala apabila dimasukkan ke dalam air.

Menyala dalam air

Dalam video tersebut, Fakhrul menunjukkan batu-batu itu menyala setelah dicampak ke dalam bekas berisi air. Kemudian, dia  bertindak memecahkan batu-batu tersebut menggunakan tukul.

Alangkah terkejut rupa rupanya ia mengandungi bateri di dalamnya! Tak hairanlah boleh menyala.

@fakhrulcapklimput

Batu Menyala dalam air , supaya ramai tidak terkena dgn penjual barang dan cerita mistik #fyp #dongengbomohmelayu

♬ original sound – Fakhrul Capklimput I

Jangan mudah percaya

Tambah lelaki berkenaan, dia menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap perkara karut seperti itu sehingga sanggup menghabiskan wang yang banyak.

Semoga perkongsian ini memberi pengajaran kepada semua supaya lebih berwaspada dengan segala barangan-barangan seperti ‘batu ajaib’ ini.

“Vaksin tak percaya, batu bercahaya dalam air percaya”

image is not available

“Boleh letak dalam akuraium ikan”

image is not available

image is not available