Honda Menghasilkan Sistem GPS Untuk Kasut

TechnologyDigitalCars
21 Jun 2021 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Teknologi GPS seperti yang kami pernah tulis dahulu dibangunkan untuk tujuan ketenteraan sebelum sebuah tragedi yang meragut nyawa seorang rakyat Malaysia memaksa Amerika Syarikat menawarkannya kepada pengguna awam. Selepas lebih 25 tahun beroperasi, kini terdapat beberapa sistem GPS lain seperti GLONASS, Galileo, BeiDou dan NavIC beroperasi secara kendiri. Secara lazimnya aplikasi GPS digunakan pada telefon pintar tetapi di Jepun, Honda mempunyai idea berbeza.

image is not available

Mereka menghasilkan Ashirase yang dipasang terus pada kasut ataupun selipar. Getaran haptik secara 3D memberitahu pemakai untuk bergerak ke hadapan, belakang atau belok berdasarkan maklumat yang disampaikan dari aplikasi GPS peranti pintar. Ashirase dibangunkan khusus untuk OKU penglihatan yang memerlukan sistem navigasi GPS yang tidak memerlukan pemandangan.

Honda masih lagi menguji Ashirase bagi memastikan ia benar-benar sesuai digunakan oleh golongan OKU. Pada waktu ini terdapat perancangan untuk menawarkannya kepada orang ramai menjelang 2023. Sebelum ini terdapat beberapa sistem navigasi GPS untuk OKU seperti WeWalk dalam bentuk tongkat pintar tetapi belum ditawarkan secara komersial.

Sumber Honda

View Original Article