Mozilla Memperkenalkan Firefox 89 Bersama-sama Rekaan Antaramuka Baharu

TechnologyDigital
2 Jun 2021 • 2:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mozilla hari ini telah mengeluarkan kemaskini pelayar web Firefox terbaru mereka, iaitu Firefox 89. Bersama-sama dengannya, pelayar web ini menawarkan sejumlah perkara baru, dan yang paling menjadi fokus utama adalah rekabentuk antaramuka pelayar web berkenaan yang menerima nafas baharu.

image is not available

Rekaan baharu pelayar web Firefox ini menawarkan susunan menu dan tetapan toolbar yang dikemaskini dan dipermudahkan, kemaskini pada rekaan tab, serta rekaan yang lebih moden berbanding sebelum ini.

Mozilla bukan sahaja menawarkan kemaskini rekabentuk ini untuk versi desktop, tetapi juga untuk pengguna telefon pintar dan juga tablet.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh memuat-turun Firefox versi terbaru ini, dan mencuba sendiri pelayar web dengan rekaan nafas baharu ini.

Pelayar Web Mozilla Firefox

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved