Saringan Covid-19 secara percuma DUN Batang Kali, Jeram hari ini

7 Jun 2021 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 JUN: Program Saringan Komuniti anjuran Kerajaan Selangor berlangsung di DUN Batang Kali dan DUN Jeram hari ini.

Saringan secara percuma itu berjalan serentak di Dewan Komuniti Bukit Sentosa dan Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Kuching Tengah bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Pendaftaran boleh dibuat melalui tiga kaedah iaitu aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), pautan http://screening.selangkah.my atau terus mendaftar di lokasi.

Pendaftaran suntikan vaksin Covid-19 turut ditawarkan dalam program itu.

Sejak 8 Mei hingga 10 Jun, Kerajaan Selangor menjalankan program pengawasan Covid-19 secara aktif melalui saringan percuma di seluruh 56 DUN.

image is not available

image is not available

The post Saringan Covid-19 secara percuma DUN Batang Kali, Jeram hari ini appeared first on Selangorkini.