Malaysia Sedang Membangunkan Dua Vaksin Sendiri Bagi Mempercepatkan Proses Imunisasi Kebangsaan

WorldTechnologyDigitalSpace
15 Jun 2021 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia kini sedang membangunkan vaksin sendiri bagi mempercepatkan proses imunisasi kebangsaan yang pada waktu tidak menepati sasaran yang ditetapkan pada Februari lalu. Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia mengumumkan pembangunan vaksin buatan tempatan sedang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

image is not available

Dua jenis vaksin sedang dibangunkan iaitu dari jenis pengutus asid ribonukleik (mRNA) seperti yang digunakan Pfizer dan juga vaksin virus nyahaktif yang digunakan oleh SinoVac. Kedua-dua jenis vaksin ini terbukti berkesan dalam menentang wabak Covid-19 di dunia sekarang. Selain membantu mempercepatkan proes imunisasi kebangsaan, pembangunan vaksin sendiri akan membolehkan Malaysia bersedia untuk serangan pandemik di masa hadapan tanpa perlu bergantung kepada negara luar.

image is not available

(Sumber : Dr Adham Baba)