“Disini Bukan Lagi Panggung” Buang Semua Posting Di IG, Datuk Rizalman Akui Dah ‘Berubah’ ?

17 Jun 2021 • 12:34 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikon dan pereka fesyen terkenal,Datuk Rizalman Ibrahim hari ini mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila bertindak membuang atau sekurang-kurangnya meletakkan hampir semua posting lamanya di dalam mod archive.

Malah beliau memuat naik 3 posting berbeza yang lebih berbentuk islamik dan nasihat kepada lebih 1.2 juta pengikutnya untuk lebih tertumpu pada hari akhirat berbanding apa yang ada didunia.

Disini bukan lagi panggung

image is not available

Malah profil Instagramnya turut diubah dengan menampilan gambar profil dan nama yang baru iaitu Hj Rizalman bin Hj Ibrahim seolah pereka fesyen tersebut juga inginkan perubahan.

Menerusi IG story pengasas Yayasan RI itu turut mengakui kesilapan lamanya membuatkan dia kini mahu berubah selain menjelaskan tidak akan kerap berkongsi seperti dahulu di akaun media sosialnya.

Malah beliau dilihat enggan melayan pengikutnya yang mahukan beliau kembali ‘meriah’ dan rancak seperti dulu sehingga memberi amaran akan menyekat sekiranya mereka berterusan bertanyakan perkara yang sama.

“Jaga tauhid kita sekalian”

image is not available

Kejadian tersebut turut tular di Twitter apabila ada yang mendakwa Rizalman kelihatan seperti merajuk dengan pengikutnya.

Meskipun tiada penjelasan lanjut ada yang mengaitkan kejadian tersebut dengan isu salmon baru-baru ini.

Apa-apapun hanya Rizalman sendiri yang tahu apakah punca sebenar ‘peralihan’ tersebut, namun jika benar beliau mahukan kelainan kami doakan segala urusan beliau dipermudahkan.