Yoodo Menawarkan Pakej Data 20GB Pada Harga RM20 Untuk Jangka Masa Terhad

TechnologyDigital
23 Jun 2021 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Yoodo hari ini mengumumkan penawaran semula pakej popular RM20GB pada harga RM20 sahaja untuk jangka masa terhad. Ia dikembalikan sebagai sebahagian kempen #WhatYooWant mereka dan menggantikan pakej data Double Special Extra yang ditawarkan sebelum ini.

image is not available

Pengguna boleh menggunakan kuota data yang ditawarkan untuk pelbagai kegunaan seperti sesi permua atas talian, menstrim video Netflix dan banyak lagi. Kelajuan yang ditawarkan ialah 4G LTE tanpa kekangan.

Disamping pakej ini, pengguna juga boleh menebus data 20GB untuk PUBG dan juga Boost secara percuma.

Bagi pengguna Yoodo, boleh menyemak aplikasi anda hari ini, dan melakukan pembelian pakej promosi 20GB pada harga RM20 ini bermula hari ini.