Spesifikasi Vivo Y73 2021 Tertiris – Sokong Cip MediaTek Helio G95, Kamera Utama 64MP

TechnologyDigital
4 Jun 2021 • 11:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rasanya, kita bakal melihat pengenalan sebuah lagi peranti baharu Vivo di bawah siri-Y tidak lama lagi. Peranti berkenaan akan dikenali sebagai Vivo Y73 dan spesifikasi utama peranti kini telah tertiris sepenuhnya menerusi perkongsian beberapa sumber. Ia bagaimanapun, dikatakan bakal menjadi sebahagian daripada siri-Y dalam segmen peranti kelas pertengahan di pasaran India.

image is not available

Menurut sumber, Vivo Y73 akan didatangkan dengan skrin bersaiz 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G95, memori 8GB RAM + 3GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64MP (utama) + 2MP (bokeh) + 2MP (Makro) dan kamera hadapan pula sebesar 16MP. Ia juga akan menampilkan sokongan pengimbas cap jari pada skrin untuk tujuan menyahkunci peranti. Menurut spekulasi awal juga, Vivo Y73 akan dijual pada harga sekitar ₹20,990 (~RM1,186) kelak.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah Vivo akan memperkenalkan peranti ini. Tambahan pula, pihak Vivo sendiri belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung peranti ini.

image is not available

Sumber : Techradar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved