TikTok Kini Menyokong Integrasi Aplikasi Mini Dalam Aplikasi Menerusi Jump

TechnologyDigital
22 Jun 2021 • 10:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok telah mengumumkan ciri terkini dalam aplikasi mereka yang diberi nama Jump. Menerusi Jump, pengguna boleh mengintegrasikan aplikasi mini dalam kandungan yang dikongsi dalam platform tersebut.

image is not available

Sebagai contoh pengguna boleh memasukkan pautan Wikipedia pada video bagi mereka yang ingin membaca lebih terperinci mengenai subjek yang dibincangkan. Menerusi pautan Quizlet pula pengguna boleh memasukkan kuiz dalam video. Bagi yang ingin berkongsi resipi pula pautan Whisk boleh diletakkan. Sebelum ini pautan hanya boleh diletakkan pada ruangan komen dan mungkin tidak disedari oleh pengguna menonton.

Jump masih di peringat ujian dan pada waktu ini hanya boleh diakses sesetengah pengguna terpilih tetapi boleh dilihat oleh kesemua pengguna TikTok.

Sumber TikTok