Snapdragon 888+ 5G diumum, lebih baik tiada dari ada

Digital
29 Jun 2021 • 3:18 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Di temasya Mobile World Congress (MWC) 2021 yang sedang berlangsung kini, Snapdragon mengumumkan Snapdragon 888+ 5G, satu lagi cip flagship tahun 2021. Daripada helaian spesifikasi, amat sedikit perbezaan yang dibawakannya berbanding sebelum ini.

Nampak seperti Qualcomm ingin beritahu dunia yang ia masih bernyawa.

image is not available

Snapdragon 888+ 5G serba serbi sama dengan Snapdragon 888 asal. Cumanya varian terbaru ini clockspeed pada teras Cortex-X1 dipertingkat daripada 2.84Ghz kepada 2.995Ghz (~+5%). Kemudian, kapasiti pemerosesan tugasan AI dipertingkat daripada 27 TOPS kepada 32 TOPS (~+19%).

image is not available

Masih belum diketahui siapakah yang akan mula menggayakan SoC ini kelak. Kebiasaannya, Xiaomilah akan mempeloporinya diikuti jenama-jenama China dan kemudian Asus.

Kalau anda miliki flagship yang diperkasa Snapdragon 888 5G, tidak anda sebab kenapa anda perlu naik taraf peranti anda dalam masa terdekat ini. Tunggu sahaja pengganti sebenar 888 hadir dalam tahun 2022 nanti.

Sumber: Qualcomm

The post Snapdragon 888+ 5G diumum, lebih baik tiada dari ada appeared first on SoyaCincau.com.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved