Memo Tertiris Mengesahkan OnePlus Menjadi Sub-Jenama OPPO

TechnologyDigital
21 Jun 2021 • 9:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, kita telah sedia melihat OnePlus mengumumkan akan bergabung dengan Oppo dibawah satu entiti untuk memudahkan pengurusan dan pembangunan. Selari dengannya, pihak OnePlus mengatakan jenama OnePlus akan terus beroperasi secara kendiri dan menawarkan produk mereka – kekal menggunakan OxygenOS.

image is not available

Terbaru, sebuah memo tertiris, memperlihatkan senarai soalan dan jawapan untuk penggunaan dalaman berkenaan dengan proses penyatuan kedua-dua jenama ini.

Melaluinya, salah satu soalan mengesahkan yang mana OnePlus akan menjadi sebuah sub-jenama dibawah Oppo, dan beroperasi sebagai entiti kendiri.

Ini sekaligus menjawab pelbagai pertanyaan yang timbul sebelum ini – apatah lagi pengumuman pada minggu lepas tidak memberikan gambaran sepenuhnya berkaitan perkara ini.

Untuk makluman, kedua-dua entiti sedia beroperasi sedemikian sejak sebelum ini, dan memo ini sekadar mengesahkan perkarra berkenaan sahaja.

Bagi anda, apakah pendapat anda berkenaan dengan gabungan OnePlus dibawah Oppo ini?