Shopee adalah lubuk online shopping yang sering menjadi tumpuan orang ramai, lagi-lagi apabila tawaran hebat dijalankan.
Terdapat banyak deals menarik yang boleh anda dapati melalui aplikasi ini sama ada untuk pembelian atas talian, luar talian dan sebagainya.
Buat hebahan pengambilan rider ShopeeFood
Namun semalam 23 Jun, Shopee Malaysia telah membuat hebahan di semua platform sosial medianya mengenai pengambilan pekerja sebagai rider ShopeeFood.
View this post on Instagram
Dengan ini, berkemungkinan besar ShopeeFood akan dilancarkan tak lama lagi di Malaysia.
Terbuka kepada rider di sekitar KL dan Selangor

Menerusi posting yang dikongsi, Shopee sedang mencari rider di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Syarat yang dikeluarkan adalah pemohon mestilah warganegara Malaysia dengan kad pengenalan biru dan berumur 18 tahun ke atas.
Pemohon diwajibkan mempunyai lesen motosikal atau sekurang-kurangnya Lesen P dan ke atas. Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas adalah diperlukan.
Antara syarat yang paling penting, pemohon tidak dibenarkan mempunyai sebarang rekod jenayah lampau PDRM dan juga bersih dari sebarang penggantungan atau larangan di platform Shopee.
Buat yang berminat, permohonan boleh dibuat pada pautan ini.
Boleh guna ShopeePay sebagai mod bayaran
Sebelum ini, ShopeeFood telah dilancarkan di negara jiran, Indonesia. Difahamkan pelanggan boleh membuat pesanan makanan daripada pelbagai vendor yang mengambil bahagian dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan rider.

Berbeza dengan aplikasi penghantaran makanan yang lain, pelanggan boleh menggunakan ShopeePay untuk membuat bayaran dimana ia giat digunakan sebagai mod pembayaran di aplikasi Shopee.
Foto Kredit: ShopeeFood Indonesia
Source:

