Sooka Bakal Dilancarkan Pada 8 Jun – Satu Lagi Penstriman Video, Termasuk Fokus Terhadap Kandungan Sukan

TechnologyDigital
7 Jun 2021 • 4:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, kita telah melihat pengenalan perkhidmatan Disney+ Hotstar untuk pasaran Malaysia, sekaligus memeriahkan lagi arena penstriman video tempatan. Selain daripadanya, pada minggu ini, satu lagi perkhidmatan dijangka dilancarkan, iaitu Sooka.

image is not available

Sooka dilihat akan ditawarkan dalam bentuk aplikasi mudah-alih terlebih dahulu, bermula 8 Jun 2021 ini. Jikalau mengikut perkongsian sebelum ini, ia dijangka akan menjadi salah satu penawaran dibawah Astro, dan menghimpunkan kandungan berbentuk sukan, drama berbahasa Malaysia, filem tempatan, selain sejumlah kandungan asli khusus untuk platform Sooka.

image is not available

Halaman sosial untuk Sooka juga dilihat telah aktif – mengatakan akan menawarkan akses penstriman percuma untuk drama dan filem, tetapi akses berbayar untuk kandungan sukan pada harga RM15.90 sebulan.

Perkhidmatan Sooka ini juga mengacah penawaran kandungan sukan UEFA EURO 2020 – ke semua 51 perlawanan melaluinya.

image is not available

Sooka melalui laman sosial mereka mengatakan bakal melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya pada 8 pagi, 8 Jun 2021 kelak. 

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 8 Jun 2021 ini untuk mengetahui lanjut berkenaan penawaran Sooka – dan sama ada ia akan berjaya mencuri perhatian ramai atau sebaliknya.