Rekaan Realme 9 Tertiris Menunjukkan Penggunaan Pengimbas Cap Jari Sisi

TechnologyDigital
15 Jun 2021 • 12:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Biarpun sibuk dengan pelbagai persiapan untuk pelancaran global Realme GT 5G yang bakal berlangsung hari ini. Tetapi, ia tidak menghalang Realme untuk turut sama mengemaskini peranti-peranti di bawah siri yang lain. Ini termasuklah perancangan untuk penawaran siri Realme 9 yang merupakan kesinambungan daripada siri Realme 8 yang dilancarkan tempoh hari.

image is not available
Realme 9

Rekaan peranti ini telah tertiris ke arena web menerusi beberapa imej pengolokan. Jelas kelihatan, ia akan mempunyai sistem kuad-kamera di bahagian belakang yang mirip dengan susunan yang terdapat pada Realme 7 Pro sebelum ini. Besar kemungkinan Realme 9 akan mempunyai kamera utama dengan saiz sensor 64-Megapixel. Turut kelihatan, terdapatnya sokongan pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan pembesar suara mono bersama-sama dengannya.

image is not available
Realme 9

Pada bahagian hadapan pula, ia menggunakan menggunakan rekaan skrin berlubang untuk peletakan kamera swafoto. Imej pengolokan turut menunjukkan Realme 9 akan didatangkan dalam kemasan berwarna hijau yang serba baharu. Apakah pendapat anda tentang rekaan Realme 9 yang tertiris ini?

image is not available
Realme X9 Pro

Sebagai tambahan, beberapa model Realme lain turut tertiris sejak kebelakangan ini. Ini termasuklah Realme X9 Pro yang dilihat mempunyai spesifikasi mirip seakan Oppo Reno6 Pro+. Bukan itu sahaja, ia dikhabarkan hadir dalam dua pilihan cip pemproses – di mana salah satunya adalah dijana dengan cip MediaTek Dimensity 1200 yang didakwa bakal dijenamakan semula sebagai OnePlus Nord 2 kelak.

Sumber : Tech Sina