Ahli parlimen cadang potongan elaun penjawat awam dibuat sukarela

1 Jun 2021 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 1 JUN: Kerajaan dicadang membuat potongan elaun penjawat awam secara sukarela mengikut kemampuan untuk disumbang kepada Akaun Amanah Bencana.

Ahli parlimen Kapar berkata pemotongan wajib itu seolah-olah satu paksaan dan akan memberi kesan kepada kakitangan yang mungkin mempunyai tanggungan yang berbeza.

“Saya mencadangkan sumbangan atau pemotongan dibuat secara sukarela mengikut kemampuan penjawat awam. Saya kira melalui kaedah ini sasaran kerajaan untuk memperoleh RM30 juta akan tercapai.

“Kos sara hidup yang tidak menentu ketika pandemik ini tidak menjamin gaji penjawat awam itu mencukupi,” kata Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid menerusi kenyataan hari ini.

Abdullah Sani yang juga jurucakap Pekerjaan dan Hak Pekerja Parlimen KEADILAN mencadangkan sektor perkilangan yang dibenar beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan turut sama menyumbang ke dalam akaun tersebut.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penjawat awam Gred 29 hingga 56 diwajibkan memberi sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana bagi membantu sistem kesihatan negara.

Hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata lebih 800,000 penjawat awam yang terlibat tidak termasuk petugas barisan hadapan serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28.

The post Ahli parlimen cadang potongan elaun penjawat awam dibuat sukarela appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved