Bapa Presiden Cuepacs meninggal dunia

13 Jun 2021 • 6:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BUKIT MERTAJAM - Bapa kepada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat meninggal dunia di Taman Guar Perahu Kubang Semang di sini pada malam Sabtu.

Adnan berkata, bapanya, Mat Khamis, 91, meninggal dunia kira-kira jam 11.52 malam disebabkan sakit tua.

Menurut beliau, jenazah bapanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Guar Perahu, Kubang Semang di sini pada petang Ahad.

“Marilah kita sama-sama kita sedekah al-Fatihah kepada arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.