Strategi Pelan Pemulihan Negara rangkumi empat fasa: PM

Politics
15 Jun 2021 • 5:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mewujudkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan berfasa keluar daripada kemelut pandemik Covid-19 melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan telah merangka pelan itu dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin.

"Kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian Covid-19 di bawah 4,000 kes," katanya semasa Perutusan Khas Perdana Menteri Pelan Pemulihan Negara sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam Fasa Kedua peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis

"Semua aktiviti pembuatan dibenarkan beroperasi semasa fasa tiga PKP tertakluk kepada SOP dan had kapasiti," katanya.

AKAN MENYUSUL