BSN sokong Pelan Pemulihan Negara

Politics
16 Jun 2021 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Bank Simpanan Nasional (BSN) menyokong Pelan Pemulihan Negara seiring dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN percaya bahawa pihak kerajaan telah merangka Pelan Pemulihan Negara ini sebaik mungkin.

“Strategi Pelan Pemulihan Negara melalui empat fasa yang diumumkan juga dapat melindungi kehidupan rakyat Malaysia serta memulihkan ekonomi negara secara progresif,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Muhyiddin membentangkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi keluar daripada Covid-19 dengan sasaran rakyat dapat kembali kepada kehidupan harian biasa menjelang akhir tahun ini.

Muhyiddin berkata, pelan itu adalah strategi peralihan keluar daripada kemelut Covid-19 merangkumi empat fasa yang akan melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.