Sokongan Aplikasi Android Pada Windows 11 Akan Turut Diterima Peranti Dengan Pemproses AMD dan ARM

TechnologyDigital
25 Jun 2021 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Android boleh digunakan pada komputer yang menggunakan Windows 11 apabila sistem operasi ini dilancarkan tahun hadapan menerusi Amazon Appstore. Ini dilakukan menerusi teknologi Intel Bridge. Pada awalnya terdapat spekulasi hanya komputer dengan cip Intel akan diberikan sokongan ini. Tetapi menurut laporan Tom’s Hardware dan The Verge, pengguna pemproses lain boleh menghela nafas lega.

image is not available

Pihak Intel telah mengesahkan mereka komited untuk menyokong teknologi ini pada kesemua platform X86. Pengguna komputer dengan cip pemproses AMD dan ARM akan turut boleh menikmati aplikasi Android pada komputer Windows 11 mereka kelak. Sungguhpun begitu mereka berkata untuk pengalaman yang paling lancar, platform Intel masih lagi yang terbaik.

Seperkara lagi sokongan aplikasi Android tidak bermakna kesemua aplikasi di Amazon Appstore boleh dimuat-turun. Seperti yang dilakukan oleh Apple pada aplikasi iOS yang dijalankan dalam macOS Big Sur, aplikasi perlu diubah untuk memastikan kesesuaian. Mungkin interaksi dengan tetikus perlu diberikan dan bukan bergantung sepenuhnya pada sentuhan.