SHAH ALAM, 24 JUN: Selgate Healthcare Sdn Bhd (Selgate) melancarkan Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) menerusi pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di lokasi terpilih pada 28 Jun.
Maklum kenyataan Selgate, PPV terletak di Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya; Evo Mall, Bangi; Kompleks PKNS, Kelana Jaya; Hotel De Palma, Shah Alam dan Aurora Mall, Bukit Jalil.
PPV turut dibuka di dewan komuniti berikut:
1. Dewan Seri Siantan, Jalan Sungai Tua, Taman Selayang, Batu Caves
2. Dewan Dato’ Ahmad Sazali, Jalan Ampang Bukit Belacan, Kampung Melayu Ampang
3. Dewan Sri Cempaka, Persiaran Saujana Impian, Saujana Impian, Kajang
4. Dewan Komuniti Serin, Cyberjaya
5. Dewan Banting Baru, 53, Jalan BB 5/2, Taman Banting Baru, Banting
6. Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor, Dewan Orang Ramai Bestari Jaya, Taman Seri Indah, Bestari Jaya
Klinik Selcare yang dijadikan PPV pula adalah:
1. Sentosa, Klang
2. Puchong
3. Putrajaya
4. USJ Sentral, Subang Jaya
5. Seksyen 13, Shah Alam
6. Jaya One, Petaling Jaya
7. Skypark, Subang
8. KLO Station (Stesen Keretapi Lama), Kuala Lumpur
9. Menara UBN, Kuala Lumpur
10. Menara Hap Seng, Kuala Lumpur
11. Menara Olympia, Kuala Lumpur
12. Rohas Perkasa, Kuala Lumpur
13. Menara Worldwide, Kuala Lumpur
“Sebagai sokongan kepada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Selgate akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.
“Perkara menjadi keutamaan adalah memastikan semua operasi SCVP dapat bermula serentak pada tarikh ditetapkan,” katanya.
Kenyataan itu memaklumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual melawat PPV pada tarikh berikut:
- Dewan Seri Siantan, Jalan Sungai Tua (28 Jun)
- Tropicana Garden Mall (30 Jun)
- Aurora Mall, Bukit Jalil (2 Julai)
- Evo Mall, Bangi (5 Julai)
- Kompleks PKNS, Kelana Jaya (7 Julai)
- Hotel De Palma Hotel, Shah Alam (9 Julai)
Selgate adalah anak syarikat Kerajaan Selangor yang diberi mandat untuk melaksanakan SCVP sebagai langkah sokongan kepada PICK.
The post Selgate buka lebih 20 pusat vaksin Selangor mulai 28 Jun appeared first on Selangorkini.



