Jumlah harian meningkat semula lebih 5,000 kes, Selangor sekitar 2,000

23 Jun 2021 • 2:29 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 JUN: Jumlah kes harian Covid-19 di seluruh negara meningkat semula kepada 5,244 kes selepas dua hari berturut-turut merekodkan sekitar 4,000 kes.

Rekod Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Facebook menunjukkan Selangor merekodkan 2,001 kes, Negeri Sembilan (677), Sarawak (577) dan Kuala Lumpur (531).

Selain Johor merekodkan 282 kes, Pahang pula mencatatkan 245 kes dan Kedah (189).

Jumlah kes bagi negeri-negeri lain seperti berikut:

Melaka – 180
Pulau Pinang – 159
Sabah – 129
Kelantan – 81
Perak – 75
Labuan – 77
Terengganu – 27
Putrajaya – 13
Perlis – 1

image is not available
Grafik dari Facebook KKM

 

The post Jumlah harian meningkat semula lebih 5,000 kes, Selangor sekitar 2,000 appeared first on Selangorkini.