Elon Musk: Starlink Memerlukan Pelaburan $30 Bilion Untuk Melengkapkan Lingkaran Satelit Secara Global

TechnologyDigital
30 Jun 2021 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Projek terbaru Elon Musk, pembangun teknologi terkemuka ialah Starlink, iaitu syarikat internet yang bertujuan untuk menyambungkan seluruh dunia ke internet menggunakan rangkaian satelit di angkasa.

Projek ini yang sudahpun dibangunkan sejak 2015, telahpun mula beroperasi di beberapa lokasi terpilih sejak 2018, dan kini setiap beberapa bulan, Starlink telah melancarkan lebih banyak satelit untuk meningkatkan capaian rangkaian internet ini ke lebih banyak negara di seluruh dunia.

Terkini, bersempena acara Mobile World Congress yang sedang berlangsung, Elon Musk mengatakan bahawa untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan internet ini, ia memerlukan pelaburan $30 bilion dan masa yang lebih banyak untuk melancarkan lebih banyak satelit.

Selain daripada itu, Elon Musk menjangkakan bahawa Starlink akan menerima seramai 500,000 pelanggan baru pada tahun hadapan khususnya apabila perkhidmatan ini ditawarkan di lebih banyak lokasi di seluruh dunia. Malah, kami telahpun melaporkan bahawa mereka di Malaysia yang berminat untuk melanggani Starlink ini sudahpun boleh mula membayar deposit untuk mendapatkan slot melanggani perkhidmatan internet tersebut.

Starlink kini berada dalam fasa beta dimana mereka menawarkan kelajuan internet 150Mbps. Buat masa ini, Starlink masih lagi dibelenggu masalah sama yang menimpa perkhidmatan satelit yang lain, termasuklah kehilangan sambungan apabila cuaca tidak begitu baik, dan dalam beberapa kes terkini, piring satelit yang terlalu panas sehingga ia terpaksa ditutup dan disejukkan sebelum ia boleh digunakan sekali lagi.

Sumber: Reuters

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved