Korang pernah tak berhadapan masalah mengubah saiz gambar seperti yang diperlukan dan diinginkan lagi-lagi bila menggunakan iPhone korang? Kalau pernah, agak-agak tahu tak cara penyelesaiannya?
Sudah semestinya, korang perlu mencari aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu mengubah saiz gambar.
Buat yang tak tahu atau tak jumpa aplikasi sesuai, berikut adalah cara mudah untuk mengubah saiz gambar di iPhone.
Pertama sekali, korang perlu muat turun aplikasi Image Size di App Store. Muat turun aplikasi tersebut disini. Atau copy paste link ini ke browser anda : https://apps.apple.com/my/app/image-size/id670766542

Kemudian buka aplikasi tersebut dan tekan pada icon gambar di bucu atas sebelah kiri.

Setelah itu, tekan ‘Allow Access to All Photos’ untuk memudahkan akses ke semua gambar dalam peranti.

Selepas itu pilih gambar yang hendak diubah saiz.

Pada bahagian previu gambar, pilih ‘Choose’.

Untuk mengekalkan nisbah asal saiz gambar, tekan pada ikon rantai di bahagian tengah hingga bertukar ke warna biru.

Di bahagian bawah gambar, perbandingan saiz gambar sebelum dan selepas akan ditunjukkan. Sekiranya telah berpuas hati, tekan pada ikon ‘Save’ untuk menyimpan gambar yang telah dikecilkan.

Mudah sahaja kan? Semoga ianya bermanfaat dan dapat bantu memudahkan sebarang masalah mengubah saiz gambar.
Source:


