Instagram Mula Memaparkan Iklan Sehingga 30 Saat Pada Reels

TechnologyDigital
18 Jun 2021 • 3:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram merupakan salah satu aplikasi yang menjana pendapatan melalui paparan pengiklanan. Mereka sedia memaparka iklan pada bahagian latar perkongsian biasa dan juga Stories. Hari ini, Instagram menambah paparan iklan pada satu lagi ruangan mereka, iaitu di bahagian Instagram Reels.

image is not available

Instagram Reels merupakan ciri seumpama TikTok pada aplikasi Instagram – membolehkan pengguna menatal kebawah untuk melihat perkongsian video melaluinya.

Dengan paparan iklan pada Reels, ia menawarkan bentuk pengiklanan baru – dimana iklan akan berbentuk loop – yang mana berulang-ulang sehingga diubah pengguna, seperti menonton video Reels yang lain. Pengguna juga turut boleh meninggalkan komen pada iklan berkenaan.

Perkongsian iklan pada bahagian Reels ini boleh sepanjang sehingga 30 saat, dan mula diperkenalkan pada peringkat global bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved