Dua juta dos vaksin untuk pekerja, kawal rebakan virus

30 Jun 2021 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 30 JUN: Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja negeri ini termasuk warga asing melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Industri.

Dato’ Menteri Besar berkata usaha itu bagi mengawal dan melindungi semua pihak memandangkan sejumlah besar kes positif berpunca daripada kluster tempat kerja.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan sebanyak 80 kes membabitkan kluster perkilangan dikesan setakat ini, manakala 11 peratus lagi berkait kluster tapak binaan.

“Dengan memberikan vaksin kepada pekerja kilang dan industri, kita dapat mengawal dan mengurangkan kadar perebakan Covid-19, secara tidak langsung akan melindungi kita semua.

“Bagaimanapun, Selvax Industri hanya terbuka kepada syarikat dan tidak dijual kepada individu,” katanya dalam pengumuman Selvax secara maya hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Dua juta dos vaksin untuk pekerja, kawal rebakan virus appeared first on Selangorkini.