Apple Dilaporkan Sedang Pertimbangkan iPad Dengan Paparan Bersaiz Lebih Besar

TechnologyDigital
27 Jun 2021 • 10:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada hari ini sedia menawarkan iPad Pro dengan skrin bersaiz 12.9-inci. Apa pun, terbaru hadir desas-desus baharu mengatakan yang mana Apple sedang pertimbangkan iPad dengan skrin bersaiz lebih besar.

Ia diperkatakan perubahan ini mungkin hadir dalam masa beberapa tahun lagi. Sekiranya benar, maka pengenalan iPad baharu ini mungkin akan merapatkan lagi jurang perbezaan antara iPad dan juga Macbook.

image is not available

Pada hari ini sendiri, iPad sedia menggunakan cip M1, selain menawarkan ciri produktiviti, serta menyertakan sokongan papan kekunci dan tetikus.

Selain iPad dengan skrin bersaiz besar ini, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini kepada rekaan iPad seawal tahun hadapan, 2022.