SHAH ALAM, 21 JUN: Malaysia membangunkan vaksin Covid-19 melalui kerjasama Institut Kajian Perubatan (IMR) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata vaksin jenis messenger ribonucleic acid (mRNA) atau teknologi jujukan genetik pemutus itu masih dalam proses pembangunan mulai November tahun lalu, lapor Harian Metro.
Katanya, ia kini di peringkat pengklonan genetik sasaran iaitu merangkumi varian asal virus dan varian lain SARS-CoV-2.
The post Malaysia bangunkan vaksin Covid-19 appeared first on Selangorkini.

